Model mandat rakyat berdasarkan perilaku pengundi, daya saing politik dan sistem penyampaian politik bersepadu /

Munira abdul razak

Model mandat rakyat berdasarkan perilaku pengundi, daya saing politik dan sistem penyampaian politik bersepadu / Munira Binti Abdul Razak - Kuantan, Pahang : UMP, 2017 - xvi, 189 p. : ill. ; 30 cm. + 1 CD-ROM

Centre for Modern Languages and Human Sciences

Thesis (Doctor Falsafah Teknologi Kemanusiaan) -- Universiti Malaysia Pahang – 2017

Bibliography : p. 141-148

Pendekatan daya saing politik telah mengalami perubahan daripada menganalisis perkara yang umum kepada yang lebih khusus. Perkara umum ini di antaranya merangkumi faktor pembangunan negara seperti daya saing ekonomi, kadar pertumbuhan ekonomi, kadar kemasukan pelaburan dan pasaran kewangan. Contoh perkara yang khusus adalah faktor yang melibatkan proses pilihanraya seperti pilihanraya umum. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menerangkan teori daya saing politik yang terdiri daripada tiga kriteria daya saing politik iaitu kepimpinan calon atau individu, kepimpinan parti.dalam menangani isu nasional dan kepimpinan parti dalam menangani isu negeri. Setiap kriteria diukur dengan menggunakan petunjuk daya saing politik dan sistem penyampaian poltik bersepadu. Perisian ATLAS.ti dan SPSS 22 menggunakan penganggaran grafik Network dan analisis deskriptif statistik digunakan untuk penganalisaan teori. Soal selidik telah dibangun dan diedarkan kepada responden menggunakan teknik persampelan bertujuan kepada tiga belas panel negeri, tiga panel wilayah persekutuan, satu panel UMNO dan satu panel minoriti. Sebanyak 745 soalselidik yang lengkap telah dianalisis menggunakan SPSS 22 dan 70 sesi temubual dianalisis menggunakan ATLAS.ti 8.0 mendapati bahawa teori daya saing politik dan ssitem penyampaian politik bersepadu adalah signifikan dalam menjawab persoalan dan objektif kajian. Dapatan kajian menjelaskan bahawa faktor daya saing dan sistem penyampaian politik bersepadu yang berteraskan penilaian kitaran aktif kualiti perkhidmatan iaitu Input, Proces dan Output (IPO) memberi kesan yan signifikan ke atas mobilisasi pengundi. Aplikasi Teori Grounded mencerap kaedah untuk membuat triangulasi data kuantitatif dan kualitatif hasil daripada pendekatan kajian yang menggunakan Mixed Methods (kaedah gabungan) untuk menajana Model Mandat Rakyat (MMR). MMR menjawab persoalan tentng apakah kriteria, bagaimana dan mengapa pengundi mengundi dengan membuat penilaian aktif terhadap prestasi calon dan parti yang bertanding dalam pilihan raya; sebagai simbolik penyerahan mandat untuk kerajaan dan pemimpin yang dipilih bagi menyediakan kehidpan yang sejahtera untuk semua rakyat. Tuntasnya, dapatan kajian adalah selari dengan definisi politik oleh Harold Lasswell iaitu tentang agihan nilai di mana siapa dapat apa, bila dan bagaimana.

THE0005462(Local)


Centre for Modern Languages and Human Sciences--Dissertations


Universities and Colleges--Dissertations
Theses

Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur
Phone: +609 431 5063 (Gambang) / +609 431 5035 (Pekan)
Email: umplibrary@umpsa.edu.my

Connect With Us