Intuitionistic z-number and application for fuzzy risk assessment in oil and gas industry / Nik Muhammad Farhan Hakim Bin Nik Badrul Alam
Material type:
TextPublisher: Kuantan Pahang : UMPSA, 2024Copyright date: © 2024Description: xx, 230 pages : illustration ; 1 CD-ROMContent type: - text
- unmediated
- volume
- THE0009942 (Local)
| Item type | Current library | Collection | Call number | Copy number | Status | Date due | Barcode | |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Thesis
|
UMPLIB GAMBANG | Reference | PSM .F37 2024 r Thesis (Browse shelf(Opens below)) | 1 | Not for loan | T000003333 | ||
Thesis
|
UMPLIB GAMBANG | CD13671 (Browse shelf(Opens below)) | 1 | Not for loan | T000003334 |
Center for Mathematical Sciences
Thesis (Doctor of Philosophy) -- Universiti Malaysia Pahang – 2024
Includes bibliographical reference
Hakikat pembuatan keputusan dalam kehidupan seharian adalah dicirikan dengan ketidakpastian dan keraguan yang tinggi. Disebabkan oleh kekurangan maklumat, pembuat keputusan boleh membuat kesimpulan subjektif yang biasanya separa andal. Nombor Z intuitionistik (IZN) merupakan pengitlakan bagi nombor Z yang sangat berkuasa dalam mengendalikan ketidakpastian dan maklumat separa andal dengan mempertimbangkan tahap kepastian semasa mendapatkan maklumat keputusan. Kajian ini mentakrifkan operasi aritmetik bagi IZN berdasarkan fungsi keahlian melintang sebagai panduan untuk menggabungkan maklumat pembuatan keputusan daripada beberapa pembuat keputusan. Magnitud dan ukuran jarak antara IZN juga ditakrifkan dan sifat-sifatnya dikaji. Seterusnya, suatu fungsi pemeringkatan IZN berdasarkan jarak vektoran dan rebakan diusulkan bagi membandingkan peringkat-peringkat IZN. Dengan menggunakan IZN yang diusulkan, model pembuatan keputusan pelbagai kriteria dibangunkan iaitu proses hierarki analitik (AHP) dan teknik tertib keutamaan berdasarkan keserupaan dengan penyelesaian unggul (TOPSIS) bersepadu. Model tersebut dibangunkan untuk mengendalikan maklumat keputusan dalam bentuk nombor kabur intuitionistik trapezoid serta nombor Z. Model bersepadu tersebut seterusnya diitlakkan untuk memproses maklumat keputusan dalam bentuk IZN. Model-model yang diusulkan juga dilaksanakan untuk melakukan pemeringkatan risiko dalam industri minyak dan gas. Model AHP-TOPSIS yang baru dibangunkan itu digunakan untuk mengutamakan bahaya melalui bahaya dan kebolehkendalian (HAZOP). Analisis kepekaan dilakukan untuk mengesahkan ketekalan dalam pemeringkatan bahaya dengan meningkatkan berat kriteria sehingga 50%. Hasil menunjukkan model AHP-TOPSIS kabur berdasarkan IZN memberikan pencapaian terbaik berbanding bentuk-bentuk lain nombor kabur dan model-model pembuatan keputusan pelbagai kriteria kabur sedia ada.