Pengukuran sifat bersungguh-sungguh untuk peserta program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menggunakan teknik biofeedback bagi usahawan wanita projek agropolitan Tanjung Batu, Pekan, Pahang / Nazrolnizah Mohamad Noorzeli

By: Material type: TextTextPublication details: Kuantan, Pahang : UMP, 2015Description: xviii, 225 p. : ill. (some col.) ; 30 cm. + 1 CD ROMISBN:
  • THE0002202(Local)
Subject(s): Online resources: Dissertation note: Thesis (Sarjana Teknologi Kemanusiaan (Sistem Prestasi Manusia)) -- Universiti Malaysia Pahang -- 2015 Abstract: Bersungguh-sungguh bermaksud suatu perbuatan untuk bekerja kuat atau berusaha dengan sepenuh hati manakala sifat bersungguh-sungguh pula merujuk kepada perbuatan melakukan sesuatu tugasan dan komited terhadap tugasan tersebut. Sifat bersungguh-sungguh adalah penting di kalangan usahawan untuk meningkatkan prestasi perniagaan. Walau bagaimanapun, tumpuan kajian sebelum ini menggunakan Ujian Psikometrik dan Ujian Penilaian Personaliti yang hanya mengukur sifat usahawan dari aspek psikologi dan tidak dari aspek fisiologi. Literatur kajian menunjukkan bahawa masih belum ada kajian yang mengukur sifat bersungguh-sungguh di kalangan usahawan menggunakan pendekatan psikofisiologi. Oleh itu, kajian ini penting untuk membuat pengukuran sifat bersungguh-sungguh di kalangan peserta program Amanah Ikhtiar Malaysia menggunakan teknik Biofeedback. Objektif kajian adalah untuk mengukur profil sifat bersungguh-sungguh peserta wanita dalam projek Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam aspek kejayaan perniagaan dan HRV (Heart Rate Variability) serta melihat sejauh mana hubungan antara profil sifat bersungguh-sungguh dalam aspek kejayaan perniagaan dengan profil HRV di kalangan peserta. Seramai 35 orang responden terlibat dalam kajian ini di kalangan peserta program keusahawanan AIM Projek Agropolitan Tanjung Batu, Pekan, Pahang di mana data di kumpul melibatkan analisa untung dan jualan, analisa HRV; Very Low Frequency (VLF), Low Frequency (LF) dan High Frequency (HF), serta analisis statistik korelasi untuk mengkaji hubungan di antara HRV dan perniagaan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang sangat kuat di antara data perniagaan dan HRV di kalangan peserta dengan nilai skor 0,80-1,00. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara data perniagaan responden dengan data HRV yang di peroleh dari segi skor terkumpul, HRV HF, LF dan VLF di kalangan peserta. Ini membuktikan peserta yang baik perniagaannya juga mempunyai pencapaian yang baik dalam profil HRV. Hasil kajian mendapati teknik Biofeedback HRV sesuai digunakan untuk mengukur sifat bersungguh-sungguh di kalangan usahawan serta berupaya membantu meningkatkan prestasi perniagaan di kalangan peserta
Tags from this library: No tags from this library for this title. Log in to add tags.
Star ratings
    Average rating: 0.0 (0 votes)
Holdings
Item type Current library Call number Copy number Status Date due Barcode
Thesis Thesis UMPLIB GAMBANG QH508 .N39 2015 r Thesis (Browse shelf(Opens below)) 1 Not for loan 0000100316
Thesis Thesis UMPLIB GAMBANG CD 8906 | QH508 .N39 2015 r Thesis (Browse shelf(Opens below)) 1 In Transit 0000100317

Centre for Modern Languages & Human Sciences

Thesis (Sarjana Teknologi Kemanusiaan (Sistem Prestasi Manusia)) -- Universiti Malaysia Pahang -- 2015

Bibliography : p. 171-186

Bersungguh-sungguh bermaksud suatu perbuatan untuk bekerja kuat atau berusaha dengan sepenuh hati manakala sifat bersungguh-sungguh pula merujuk kepada perbuatan melakukan sesuatu tugasan dan komited terhadap tugasan tersebut. Sifat bersungguh-sungguh adalah penting di kalangan usahawan untuk meningkatkan prestasi perniagaan. Walau bagaimanapun, tumpuan kajian sebelum ini menggunakan Ujian Psikometrik dan Ujian Penilaian Personaliti yang hanya mengukur sifat usahawan dari aspek psikologi dan tidak dari aspek fisiologi. Literatur kajian menunjukkan bahawa masih belum ada kajian yang mengukur sifat bersungguh-sungguh di kalangan usahawan menggunakan pendekatan psikofisiologi. Oleh itu, kajian ini penting untuk membuat pengukuran sifat bersungguh-sungguh di kalangan peserta program Amanah Ikhtiar Malaysia menggunakan teknik Biofeedback. Objektif kajian adalah untuk mengukur profil sifat bersungguh-sungguh peserta wanita dalam projek Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam aspek kejayaan perniagaan dan HRV (Heart Rate Variability) serta melihat sejauh mana hubungan antara profil sifat bersungguh-sungguh dalam aspek kejayaan perniagaan dengan profil HRV di kalangan peserta. Seramai 35 orang responden terlibat dalam kajian ini di kalangan peserta program keusahawanan AIM Projek Agropolitan Tanjung Batu, Pekan, Pahang di mana data di kumpul melibatkan analisa untung dan jualan, analisa HRV; Very Low Frequency (VLF), Low Frequency (LF) dan High Frequency (HF), serta analisis statistik korelasi untuk mengkaji hubungan di antara HRV dan perniagaan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang sangat kuat di antara data perniagaan dan HRV di kalangan peserta dengan nilai skor 0,80-1,00. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara data perniagaan responden dengan data HRV yang di peroleh dari segi skor terkumpul, HRV HF, LF dan VLF di kalangan peserta. Ini membuktikan peserta yang baik perniagaannya juga mempunyai pencapaian yang baik dalam profil HRV. Hasil kajian mendapati teknik Biofeedback HRV sesuai digunakan untuk mengukur sifat bersungguh-sungguh di kalangan usahawan serta berupaya membantu meningkatkan prestasi perniagaan di kalangan peserta

Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur
Phone: +609 431 5063 (Gambang) / +609 431 5035 (Pekan)
Email: umplibrary@umpsa.edu.my

Connect With Us