Kesan kejadian histeria terhadap guru di sekolah-sekolah menengah di daerah Kuantan / Siti Aisyah Romli

By: Material type: TextTextPublication details: Kuantan, Pahang : UMP, 2017Description: x, 91 p. : ill. ; 30 cm. + 1 CD-ROMISBN:
  • THE0005457(Local)
Subject(s): Dissertation note: Thesis (Sarjana Teknologi Kemanusiaan) -- Universiti Malaysia Pahang – 2017 Abstract: Kejadian histeria merupakan suatu fenomena yang bersifat sarwajagat dan berlaku di seluruh dunia, hatta di Malaysia, dikesan sejak puluhan tahun yang lalu dalam kalangan remaja. Kesannya melibatkan banyak pihak. Proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah turut terjejas berikutan kejadian tersebut. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan sejauh mana kesan kejadian tersebut terhadap psikologi dan fizikal guru. Kajian ini dirangka menggunakan pendekatan kuantitatif dan melibatkan kaedah tinjauan (survey) dengan penggunaan soal selidik sebagai alat kajian. Melalui kajian rintis, nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach kajian ini adalah 0.872. Sampel kajian terdiri daripada 148 orang guru di enam buah sekolah sekitar daerah Kuantan yang terlibat dalam kejadian histeria. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dengan teknik statistik berbentuk deskriptif frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Konstruk psikologi yang terlibat merangkumi pelbagai item reaksi emosi seperti kebimbangan, ketakutan, kegelisahan, panik, hilang fokus dan sentiasa berhati-hati. Manakala konstruk fizikal pula merangkumi item keupayaan tubuh, kesakitan, kefungsian dan kecederaan yang dialami guru. Hasil kajian menunjukkan tahap kesan terhadap psikologi guru lebih tinggi berbanding kesan terhadap fizikal. Kejadian histeria menyebabkan guru mengalami gangguan emosi dan stres.
Tags from this library: No tags from this library for this title. Log in to add tags.
Star ratings
    Average rating: 0.0 (0 votes)
Holdings
Item type Current library Collection Call number Copy number Status Notes Date due Barcode
Thesis Thesis UMPLIB GAMBANG Reference PBMSK .A37 2017 r Thesis (Browse shelf(Opens below)) 1 Not for loan 0000119794
Thesis Thesis UMPLIB GAMBANG CD 10859 | PBMSK .A37 2017 r Thesis (Browse shelf(Opens below)) 1 Not for loan 0000119795
Thesis Thesis UMPLIB GAMBANG CD 11509 | PBMSK .A37 2017 r Thesis (Browse shelf(Opens below)) 2 Not for loan c.2 0000124260

Centre for Modern Languages and Human Sciences

Thesis (Sarjana Teknologi Kemanusiaan) -- Universiti Malaysia Pahang – 2017

Bibliography : p. 80-91

Kejadian histeria merupakan suatu fenomena yang bersifat sarwajagat dan berlaku di seluruh dunia, hatta di Malaysia, dikesan sejak puluhan tahun yang lalu dalam kalangan remaja. Kesannya melibatkan banyak pihak. Proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah turut terjejas berikutan kejadian tersebut. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan sejauh mana kesan kejadian tersebut terhadap psikologi dan fizikal guru. Kajian ini dirangka menggunakan pendekatan kuantitatif dan melibatkan kaedah tinjauan (survey) dengan penggunaan soal selidik sebagai alat kajian. Melalui kajian rintis, nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach kajian ini adalah 0.872. Sampel kajian terdiri daripada 148 orang guru di enam buah sekolah sekitar daerah Kuantan yang terlibat dalam kejadian histeria. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dengan teknik statistik berbentuk deskriptif frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Konstruk psikologi yang terlibat merangkumi pelbagai item reaksi emosi seperti kebimbangan, ketakutan, kegelisahan, panik, hilang fokus dan sentiasa berhati-hati. Manakala konstruk fizikal pula merangkumi item keupayaan tubuh, kesakitan, kefungsian dan kecederaan yang dialami guru. Hasil kajian menunjukkan tahap kesan terhadap psikologi guru lebih tinggi berbanding kesan terhadap fizikal. Kejadian histeria menyebabkan guru mengalami gangguan emosi dan stres.

Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur
Phone: +609 431 5063 (Gambang) / +609 431 5035 (Pekan)
Email: umplibrary@umpsa.edu.my

Connect With Us