Development of carrageenan based biocomposite : incorporation of cellulose, chlorella vulgaris microalgae and poly(lactic) acid /
Nor Amira Binti Othman
- xv, 127 pages : Illustration ; 30 cm.+ 1 CD ROM
Faculty of Chemical and Process Engineering Technology
Thesis (Doctor of Philosophy) -- Universiti Malaysia Pahang – 2023
Includes bibliographical references
Plastik diperbuat dari bahan yang tidak boleh diperbaharui kebanyakannya digunakan didalam aplikasi pembungkusan. Hampir ~1.4 to 3.7 milion MT sampah plastik yang terhasil setiap tahun. Oleh itu, bioplastic adalah alternatif untuk mengatasi masalah pencemaran plastic. Dalam gerak kerja ini, karagenan yang mana bersifat boleh diperbaharui dinilai didalam formulasi bio-komposit dengan selulosa, lipid dari C.vulgaris dan poli(laktik) asid. Tiga kaedah yang berbeza diformulasikan yang menghasilkan Carra-selulosa, Carra-vulgaris dan Carra-PLA. Hasil kajian menunjukkan bahawa nano-selulosa berantai (CNW) mempunyai saiz partikel yang paling kecil (54 nm) yang menghasilkan ciri-ciri seperti kelikatan sebanyak 293.90 mPa/s, geseran cecair 127.90 Pa dan kekuatan regangan 19.87 MPa. Ini dibuktikan dengan peningkatan intensiti dan anjakan 1H-NMR disebabkan oleh hidrogen menjadi lebih dekat kepada atom elektronegatif dalam kedua-dua selulosa saiz mikro dan nano. Oleh itu, kaedah Carra-vulgaris diuji dan berhasil meningkatkan kekuatan regangan sebanyak 36.26 MPa. Keputusan menunjukkan, bilangan sel, peratusan minyak terhasil dan jumlah FAMEs bagi C.vulgaris pada D-16 adalah yang tertinggi iaitu 1.19 x 1010 cell/mL, 27.74% dan 17.76 mg/g. Hasil keputusan peningkatan kekuatan regangan itu, Carra-PLA bio-komposit telah diformulasikan bagi menghasilkan ciri-ciri yang lebih baik. Kekuatan regangan meningkat sehingga 75.75 MPa dengan 60.02% pemanjangan semasa putus (EAB). Dari segi nilai kandungan air, Carra-vulgaris D-16 menpunyai nilai terendah dengan 10.99% dan siifat kalis air yang tinggi iaitu 107.11°. Carra-CNW adalah bio-komposit filem yang paling stabil dengan nilai tenaga pengaktifan (Ea) yang tinggi iaitu 47.14 nK/mol. Sebagai konklusi, setiap dari formulasi filem bio-komposit menigkatkan nilai regangan kekuatan dan sifat kalis air yang mempunyai potensi untuk aplikasi pembungkusan.
THE0009797 (Local)
Faculty of Chemical and Process Engineering Technology--Dissertations
Universities and colleges--Dissertations Theses--Dissertations