TY - MANSCPT AU - Masyitah Nadhirah Bt Muhamad Khir Juhari TI - Kinetic modelling of oyster mushroom drying using tray dryer: Masyitah Nadhirah Bt Muhamad Khir Juhari SN - THE0010607 (Local) PY - 2024/// CY - Kuantan, Pahang PB - UMPSA KW - Faculty of Chemical and Process Engineering Technology KW - Dissertations KW - Universities and colleges KW - Theses N1 - Faculty of Chemical and Process Engineering Technology; Final Year Report (Bachelor of Chemical Engineering ) -- Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah - 2024; Include bibliographical reference N2 - sajor caju ataupun cendawan tiram merupakan antara variasi cendawan yang paling terkenal. Selain bahagian atas yang dikenali sebagai shell, bahagian batang cendawan yang dikenali sebagai stipe mempunyai khasiat yang tidak kurang berbanding shell. Tekstur bahagian batang yang sedikit keras menyebabkannya kurang digemari dan kebiasaannya dibuang. Melalui kerjasama dengan Ada Fresh Farm, syarikat ini sedang dalam usaha untuk menghasilkan serbuk perasa cendawan menggunakan bahagian batang ini. Penghasilan serbuk perasa ini dapat mendatangkan keuntungan kepada syarikat selain dapat mengurangkan pembaziran. Sebelum dijadikan sebagai serbuk perasa, batang ini perlu dikeringkan dan dikisar menjadi serbuk terlebih dahulu. Dalam projek ini, batang cendawan dikeringkan menggunakan kaedah pengeringan dulang pada dua suhu yang berbeza (40 dan 50 °C). Parameter kinetik pengeringan ditentukan untuk pengeringan batang cendawan tiram. Model awal kinetik pengeringan untuk bahan makanan telah diteliti untuk menerangkan proses pengeringan cendawan. Batang cendawan dianggap telah kering sepenuhnya apabila hampir mencapai berat yang konsisten dan mencapai kandungan lembapan 0.03 kg air/kg bahan kering pada kedua-dua suhu. Model Lewis dipilih untuk menerangkan proses pengeringan cendawan tiram dengan nilai R2 yang paling tinggi. Nilai R2, X2, dan RSME untuk model yang dipilih ialah masing 0.8936, 0.0412, dan 0.1293 UR - https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/46982 ER -