Effect of reaction conditions of immobilized recombinant escherichia coli on coconut fiber on biotranformations of starch to cyclodextrin /
Farah Nur Amirah Binti Zamzuri
- xvi, 47 pages : illustrations ;
Faculty of Chemical and Process Engineering Technology
Final Year Report (Bachelor of Chemical Engineering ) -- Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah - 2025
Include bibliographical reference
Siklodextrin (CD) adalah oligosakarida siklik yang terbentuk daripada unit glukosa yang dihubungkan dalam bentuk oval. Ia mempunyai ciri molekul yang unik yang menjadikannya sangat berguna dalam pelbagai industri seperti farmaseutikal, makanan, kosmetik, dan tekstil. Proses penukaran kanji kepada CD dicapai melalui tindak balas enzimatik yang dihasilkan oleh cyclodextrin glycosyltransferases (CGTase). Walaupun hidrolisis enzimatik boleh menukar kanji menjadi siklodextrin, kos enzim yang tinggi menghalang pelaksanaannya. Oleh itu, E. coli rekombinan dipilih untuk pengeluaran CGTase, tetapi ia sering menyebabkan lisis sel. Kaedah imobilisasi sel digunakan untuk menghasilkan CGTase dengan lisis sel yang minima. Kajian ini menyiasat kesan keadaan tindak balas terhadap biotransformasi kanji kepada CD menggunakan E. coli rekombinan yang mengekspresikan CGTase pada serat kelapa. Kajian dijalankan untuk menentukan bagaimana pengeluaran CD dipengaruhi oleh pelbagai suhu pada 20℃, 25℃, 30℃, 35℃, dan 40℃, masa tindak balas pada 4, 8, 12, 16, 20, dan 24 jam, serta tahap pH pada 5, 6, 7, 8, dan 9. Suhu optimum untuk penghasilan CD oleh E. coli rekombinan yang diimobilkan ialah 30°C dengan penghasilan CD sebanyak 2.546 mg/ml. Seterusnya, masa tindak balas dan pH optimum telah ditentukan, iaitu masing-masing 12 jam dengan penghasilan CD sebanyak 0.723 mg/ml dan pH 6 dengan penghasilan CD sebanyak 1.340 mg/ml. Dalam analisis perbandingan penghasilan CD oleh sel yang diimobilkan dan sel bebas, keputusan menunjukkan peningkatan yang ketara dalam sistem sel yang diimobilkan. Pada suhu, masa tindak balas, dan pH yang optimum, sel yang diimobilkan menghasilkan CD sebanyak 1.348 mg/ml, lebih tinggi berbanding sel bebas yang hanya menghasilkan 0.146 mg/ml CD. Kesimpulannya, dengan mengekalkan keadaan tindak balas optimum iaitu suhu pada 30°C, masa tindak balas selama 12 jam, dan pH 6, biotransformasi kanji kepada CD dapat dilakukan dengan cekap menggunakan kelebihan E. coli rekombinan yang diimobilkan pada serat kelapa untuk penghasilan yang lebih tinggi. Serat kelapa merupakan sokongan yang sesuai untuk teknik imobilisasi sel yang bertujuan meningkatkan penghasilan CD dan boleh digunakan untuk aplikasi industri. Kata kunci: Cyclodextrin (CD); Cyclodextrin glycosyltransferases (CGTase); E. coli; Imobilisasi
THE0010673 (Local)
Faculty of Chemical and Process Engineering Technology--Dissertations
Universities and colleges--Dissertations Theses--Dissertations