TY - MANSCPT AU - Nur Aima Syairah Mohd Abdul Alim TI - Ultrasound and enzymatic mediated extraction of vitexin and isovitexin from ficus deltoidea leaves SN - THE0000828(Local) PY - 2017/// CY - Kuantan, Pahang PB - UMP KW - Faculty of Chemical and Natural Resources Engineering KW - Dissertations KW - Universities and Colleges KW - Theses N1 - Faculty of Chemical and Natural Resources Engineering; Thesis (Master of Engineering (Chemical)) -- University Malaysia Pahang – 2017; Bibliography : p. 119-138 N2 - Ficus deltoidea atau lebih dikenali sebagai ‘Mas Cotek’ merupakan salah satu tumbuhan herba yang berharga di Malaysia disebabkan oleh kandungan bahan aktifnya yang bermanfaat dan penggunaannya sebagai ramuan ubat-ubatan tradisional. Kajian ini memberi tumpuan dalam mengkaji prestasi sistem ultrasonik menggunakan tiga rejim kitaran operasi iaitu: 10%, 20% dan 40% pada keamatan 8.66 W/cm2 dalam pengekstrakan bahan aktif daripada daun F. deltoidea melalui perlaksanaan kedua-dua sistem ultrasonik dan enzim dalam menentukan rejimen sonikasi dan mekanisma tindakbalas yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti ekstrak berbanding dengan kaedah tradisi. Kajian ini turut menekankan kaedah mengenalpasti bahan aktif iaitu vitexin dan isovitexin yang terdapat di dalam ekstrak daun F. deltoidea. Daun F. deltoidea betina digunakan dalam kajian ini disebabkan oleh ketersediaan dan kandungan bahan aktif yang tinggi terdapat di dalamnya. Hasil optimum sebatian vitexin telah direkodkan sebanyak 1.067 ± 0.001 (%w/w) dari nisbah sampel-air 1:10 (g/mL), suhu 50 °C, kitaran operasi 10% dan kepekatan enzim 0.4% pada jam ke-3 pengekstrakan dijalankan. Manakala, bagi sebatian isovitexin, hasil optimum yang direkodkan adalah sebanyak 0.374 ± 0.028 (%w/w) dari nisbah sampel-air 1:20 (g/mL), suhu 50 °C serta kitaran opearsi 10% pada jam ke-3 pengekstrakan dijalankan. Pencirian morfologi ke atas permukaan ekstrak daun kering turut dijalankan menggunakan FE-SEM. Sampel daun kering yang telah diekstrak menggunakan bantuan ultrasonik dan juga enzim menunjukkan permukaan yang lebih pecah dan berlubang berbanding sampel yang dirawat secara konvensional. Hasil eksperimen yang diperolehi dalam kondisi terbaik adalah sejajar dengan nilai yang diramalkan, di mana ultrasonik dan enzim adalah merupakan proses yang lebih efektif berbanding pengekstrakan didihan secara konvensional. Penambahbaikan yang berjaya dilakukan ke atas kaedah pengekstrakan menggunakan ultrasonik dan enzim di dalam kajian ini perlu dilanjutkan untuk mengenalpasti lebih banyak sebatian fenolik dari lain-lain bahagian pokok F. deltoidea dan ianya tersedia sebagai kunci informasi kepada skala kajian yang lebih besar pada masa yang akan datang UR - http://ecollib.ump.edu.my/25954/ ER -