<?xml version="1.0" encoding="UTF-8"?>
<mods xmlns:xsi="http://www.w3.org/2001/XMLSchema-instance" xmlns="http://www.loc.gov/mods/v3" version="3.1" xsi:schemaLocation="http://www.loc.gov/mods/v3 http://www.loc.gov/standards/mods/v3/mods-3-1.xsd">
  <titleInfo>
    <title>Keberkesanan intervensi modul integrasi spiritual dan biofeedback dalam psikoterapi berasaskan badan bagi pelajar bermasalah di institut latihan teknikal</title>
  </titleInfo>
  <name type="personal">
    <namePart>Norizan Yusof</namePart>
    <role>
      <roleTerm authority="marcrelator" type="text">creator</roleTerm>
    </role>
    <role>
      <roleTerm type="text">author.</roleTerm>
    </role>
  </name>
  <typeOfResource manuscript="yes">text</typeOfResource>
  <genre authority="marc">abstract or summary</genre>
  <originInfo>
    <place>
      <placeTerm type="code" authority="marccountry">my</placeTerm>
    </place>
    <dateIssued encoding="marc">2019</dateIssued>
    <copyrightDate encoding="marc">2019</copyrightDate>
    <issuance>monographic</issuance>
  </originInfo>
  <language>
    <languageTerm authority="iso639-2b" type="code">may</languageTerm>
  </language>
  <physicalDescription>
    <extent>xvi, 293 pages ; illustrations ; 30 cm. + 1 CD-ROM</extent>
  </physicalDescription>
  <abstract>Psikoterapi berasaskan badan “Body Oriented Psikotetrapi”(BOP) adalah teknik baru yang digunakan untuk membantu individu membuat perubahan emosi dan tingkahlaku. Sehingga kini, teknik ini masih belum digunakan dengan kombinasi pendekatan spiritual dan biofeedback. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji sejauhmana pendekatan kaunseling yang dilaksanakan di Institut Latihan Teknikal dan mengkaji sejauhmana penggunaan teknik BOP boleh diintegrasikan dengan pendekatan spiritual dan biofeedback dikalangan pelajar bermasalah disiplin di institut berkenaan. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan campuran kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk pautan (embedded). Kaedah kajian kualitatif menggunakan pendekatan temu bual, analisa dokumen dan pemerhatian yang melibatkan kaunselor di Institut Latihan Teknikal (ILT). Bagi kajian kuantitatif pula melibatkan penggunaan skala Depression Anxiety Stress Scales (DASS) dan kaedah kuasi eksperimental yang menggunakan modul BOP dan BOP berasaskan pendekatan spiritual. Untuk melihat kesan perubahan antara dua (2) kumpulan iaitu kumpulan rawatan yang menggunakan pendekatan BOP berasaskan spiritual dan kumpulan kawalan yang menggunakan pendekatan BOP konvensional, kajian ini melibatkan teknik ujian pra dan pasca yang melibatkan kedua-dua kumpulan kajian. Seramai 56 orang sampel kajian terlibat dalam proses kajian kuasi eksperimental ini. Hasil kajian ini menunjukkan pendekatan kaunseling semasa yang digunakan oleh ILT hanya menggunakan pendekatan kaunseling konvensional dan tidak menggunakan pendekatan BOP. Hasil kajian mendapati kesan modul BOP dan spiritual menggunakan instrumen DASS menunjukkan modul ini berupaya memberi kesan perubahan psikologi yang lebih baik berbanding modul BOP. Dapatan ujian biofeedback terhadap kesan modul menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan antara skor Heart Rate Variability (HRV) dan tingkahlaku pelajar yang melalui ujian pra dan pasca yang dilaksanakan. Kajian ini merumuskan bahawa teknik BOP berbantukan spiritual dan biofeedback berupaya membantu pelajar membuat perubahan psikologi dan tingkahlaku. Teknik ini boleh digunakan untuk membantu ILT meningkatkan kecekapan pengendalian sesi kaunseling dan intervensi tingkahlaku dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin.</abstract>
  <targetAudience authority="marctarget">specialized</targetAudience>
  <note type="statement of responsibility">Norizan Yusof</note>
  <note>Centre for Modern Languages and Human Sciences</note>
  <note>Thesis (Doctor of Philosophy) -- Universiti Malaysia Pahang – 2019</note>
  <note>Includes bibliographical references</note>
  <subject authority="lcsh">
    <name type="corporate">
      <namePart>Centre for Modern Languages and Human Sciences</namePart>
    </name>
    <topic>Dissertations</topic>
  </subject>
  <subject authority="lcsh">
    <topic>Universities and colleges</topic>
    <topic>Disertations</topic>
  </subject>
  <subject authority="lcsh">
    <topic>Theses</topic>
  </subject>
  <identifier type="isbn">THE0008438(Local)</identifier>
  <recordInfo>
    <recordContentSource authority="marcorg">UMP</recordContentSource>
    <recordCreationDate encoding="marc">191115</recordCreationDate>
    <recordChangeDate encoding="iso8601">20251125105431.0</recordChangeDate>
    <languageOfCataloging>
      <languageTerm authority="iso639-2b" type="code">eng</languageTerm>
    </languageOfCataloging>
  </recordInfo>
</mods>
