000 03787ntm a2200325 i 4500
003 MY-KuUP
005 20260918150144.0
006 t||||fr|||| 000 0
007 ta
008 140527t20132013my da f m 000 0 eng d
020 _aTHE0007998(Local)
_qhardback
040 _aUMP
_beng
_cUMP
_erda
090 _aQK495.L25 P36 2013 rs Thesis
100 1 _aPang, Sook Fun,
_eauthor.
245 0 _aIdentification, extraction and microencapsulation of phenolic compounds from orthosiphon stamineus leaves /
_cPang Sook Fun
264 1 _aKuantan, Pahang :
_bUMP,
_c2013
264 4 _c©2013
300 _axviii, 92 pages :
_billustrations ;
_c30 cm. +
_e1 CD-ROM
336 _2rdacontent
_atext
337 _2rdamedia
_aunmediated
338 _2rdacarrier
_avolume
502 _aThesis (Master of Engineering) -- Universiti Malaysia Pahang – 2013
504 _aBibliography : p. 81-91
520 3 _aOrthosiphon stamineus (nama vernakular: Misai kucing), mengandungi banyak polifenol berguna (iaitu flavonoid dan asid fenolik) yang mempunyai pelbagai kegunaan seperti antibakteria, antikulat, antimikrob dan antitumor. Pemisahan komponen bioaktif daripada tumbuhan biasanya dilakukan melalui pengekstrakan. Komponen bioaktif dalam ekstrak tumbuhan bergantung kepada kaedah pengekstrakan, jenis pelarut dan keadaan proses pengekstrakan yang digunakan. Dalam penyelidikan ini, pengekstrakan menggunakan microwave dan ultrasonik telah digunakan. Keputusan kajian menunjukkan, kadar pengekstrakan komponen bioaktif dipengaruhi oleh kekutuban pelarut yang digunakan dalam proses pengekstrakan. Kandungan fenolik tertinggi (96.41 mg GAE/gDW) diperolehi dengan menggunakan 50% metanol akueus, manakala hasil tertinggi asid rosmarinic (38.70 mg RA/gDW) diperolehi dengan menggunakan 70% metanol akueus. Hasil tertinggi sinensetin (261.21 μg Sin/gDW) dan eupatorin (2.71 mg EUP/gDW) pula diperolehi dengan menggunakan isopropanol. Pelarut akueus mempunyai lingkungan kekutuban lebih besar berbanding dengan pelarut tulen, dan oleh itu ia membolehkan pengekstrakan serentak kedua-dua sebatian methoxylated dan hydroxylated dilakukan. Bagi pengekstrakan menggunakan gelombang mikro, masa pengekstrakan 2 minit dan kuasa microwave 300W memberikan hasil yang paling tinggi bagi polifenol. Proses pengekstrakan melebihi 90 minit pada suhu yang melebihi 60 °C mengakibatkan penyahaslian dan seterusnya mengurangkan hasil polifenol semasa pengekstrakan dibantu ultrasonik. Pengekstrakan menggunakan microwave membolehkan pengekstrakan pantas dilakukan tanpa menjejaskan penghasilan polifenol. Proses mikroenkapsulasi polifenol daripada O. stamineus dilakukan melalui teknik pengeringan semburan menggunakan pelindung yang terdiri daripada WPI dan maltodekstrin untuk mengekalan kandungan polifenol. Kepekatan pepejal pelindung yang lebih tinggi membawa kepada saiz zarah yang lebih besar dan kandungan lembapan yang lebih rendah. Keputusan menunjukkan bahawa eupatorin lebih mudah rosak akibat kemusnahan haba berbanding sinensetin dan asid rosmarinic semasa pemikrokapsulan melalui pengeringan semburan. Campuran yang paling berkesan terdiri daripada nisbah 1:9 protein kepada maltodekstrin berupaya mengekalkan kandungan tinggi asid rosmarinic (89,41%), sinensetin (89,14%) dan eupatorin (86.66%) berbanding dengan formulasi yang lain, iaitu 1:1, 9:1, WPI tulen dan maltodekstrin tulen. Keputusan yang diperolehi daripada penyelidikan ini menunjukkan bahawa formulasi campuran protein dan maltodekstrin boleh dijadikan ejen mikroenkapsulasi yang berkesan untuk polifenol berasaskan O. stamineus.
650 0 _aLamiaceae
650 0 _aPhenols
650 0 _aFlavonoids
856 4 0 _uhttps://umpir.ump.edu.my/id/eprint/7270/?template=default
_zClick here to access online
942 _2lcc
_cTHESIS
999 _c8649
_d8655