000 04572ntm a2200373 i 4500
999 _c94764
_d94770
003 MY-KuUP
005 20251125105805.0
006 t||||fr|||| 000 0
007 ta
008 201110t2 2 m a|||fram|| 000 0 may d
020 _aTHE0008969(Local)
_qhardback
040 _aUMP
_beng
_cUMP
_erda
090 _aPSK .A95 2020 r Thesis
100 0 _aAzlan Abd Rahman,
_eauthor.
245 1 0 _aHubungan program pengimarahan masjid dengan pembangunan modal insan dalam kalangan masyarakat:
_bkajian di daerah Pekan, Pahang /
_cAzlan Abd Rahman
264 1 _aKuantan, Pahang :
_bUMP,
_c2020
264 4 _c© 2020
300 _axiv, 205 pages :
_billustrations (some color) ;
_c30 cm. +
_e1 CD ROM
336 _atext
_2rdacontent
336 _atext
_2rdacontent
337 _aunmediated
_2rdamedia
337 _acomputer
_2rdamedia
338 _avolume
_2rdacarrier
338 _acomputer disc
_2rdacarrier
347 _atext file
_bPDF
_2rda
500 _aCentre for Human Sciences
502 _aThesis (Doctor of Philosophy) -- Universiti Malaysia Pahang – 2020
504 _aIncludes bibliographical references
520 3 _aMasjid menurut bahasa bermaksud tempat sujud untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT. Manakala menurut istilah pula masjid adalah suatu bangunan tempat umat Islam melaksanakan ibadah harian seperti solat berjemaah lima waktu, menunaikan ibadah mingguan seperti solat Jumaat, melaksanakan ibadah tahunan seperti solat Terawih, solat dua hari raya Idul Fitri, Idul Adha dan sebagainya. Masjid mempunyai fungsi dan peranan yang penting dalam meningkatkan pengetahuan dan kefahaman agama kepada ahli masyarakat. Masjid bukan hanya sebagai tempat ibadah tetapi juga sebagai pusat ilmu, dakwah dan komuniti masyarakat Islam secara umumnya. Kecuaian dalam mengurus guru agama dan ketidakcekapan mengatur aktiviti pengimarahan masjid serta lemah dalam pengurusan fasiliti masjid telah mengakibatkan berlakunya kepincangan terhadap proses pembangunan masyarakat Islam dan pembangunan modal insan. Kelemahan mengurus dana masjid dengan baik memberi kesan negatif terhadap program dan kelas pengajian agama anjuran masjid. Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan program pengimarahan masjid dengan pembangunan modal insan dalam kalangan masyarakat di daerah Pekan, Pahang. Jumlah responden kajian ini seramai 270 orang. Kajian ini melibatkan sebanyak 9 buah masjid dari tiga lokasi yang berbeza iaitu 3 buah masjid di lokasi bandar, 3 buah masjid di lokasi Felda dan 3 buah masjid di lokasi kampung berdasarkan kaedah rawak daripada populasi kajian. Setelah itu, data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 23.0 bagi memperolehi nilai min, sisihan piawai dan Kolerasi Spearman. Hasil kajian menunjukkan adanya perhubungan yang sangat lemah, yang signifikan antara modal insan dengan kelas agama (.225). Begitu juga terdapat hubungan yang sangat lemah, yang signifikan antara modal insan dengan pengurusan masjid (.254) dan adanya hubungan yang sangat lemah, yang signifikan antara modal insan dengan guru agama (.193). Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (sangat lemah) antara modal insan dengan pertambahan maklumat (.284). Di samping itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang lemah, yang signifikan antara modal insan dengan pertambahan amalan (.386). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (lemah) antara kelas agama dengan pertambahan maklumat (.361). Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan (lemah) antara guru agama dengan pertambahan maklumat (.364). Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan adanya hubungan yang signifikan (lemah) antara hadirin dengan pertambahan maklumat (.351). Namun begitu, hasil kajian menunjukkan adanya hubungan yang sederhana kuat, yang signifikan antara pertambahan maklumat dengan pertambahan amalan (.624). Secara keseluruhannya, kajian ini merumuskan bahawa adanya pertalian hubungan yang signifikan antara program pengimarahan masjid dengan pembangunan modal insan yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya bagi meningkatkan sahsiah diri dan keunggulan peribadi serta akhlak murni masyarakat sehingga berjaya melahirkan Generasi Rabbani yang disegani dan dihormati. Usaha ke arah penambahbaikan program pengimarahan masjid wajar diteruskan dan menjadi tanggungjawab kita bersama memakmurkannya.
610 2 0 _aCentre for Human Sciences
_xDissertations
650 0 _aUniversities and colleges
_xDissertations
650 0 _aTheses
942 _2lcc
_cTHESIS