000 04010nam a22003497a 4500
999 _c96377
_d96383
003 MY-KuUP
005 20251125105950.0
006 a||||fr|||| 001 0
007 ta
008 220404t20212021my a|||fram|| 001 0 eng d
020 _aTHE0009271(Local)
040 _aUMP
_beng
_cUMP
_erda
090 _aPSK .N87 2021 r Thesis
100 0 _aNurus Saadah Md Yusof,
_eauthor.
245 1 0 _aPersonaliti pensyarah dalam pembentukan akhlak pelajar :
_bkajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) /
_cNurus Saadah Md Yusof
264 1 _aKuantan, Pahang :
_bUMP,
_c2021
264 4 _a© 2021
300 _axiii, 179 pages :
_billustrations (some color) ;
_c30 cm. +
_e1 CD ROM
336 _atext
_2rdacontent
337 _aunmediated
_2rdamedia
338 _avolume
_2rdacarrier
347 _atext file
_bPDF
_2rda
500 _aPusat Sains Kemanusiaan
502 _aThesis (Master of Science) -- Universiti Malaysia Pahang – 2021
504 _aIncludes bibliographical references
520 3 _aPeranan yang besar yang dipikul pensyarah sebagai pendidik dalam menyebarkan ilmu di institut-institut pengajian tinggi (IPT) adalah satu perkara yang maklum dalam masyarakat. Golongan pensyarah telah dipertanggungjawabkan bagi melahirkan ribuan graduan yang holistik iaitu cemerlang dalam akademik dan berakhlak tinggi supaya dapat dijadikan tokoh pemimpin masa depan. Namun demikian terdapat masalah akhlak dalam kalangan pelajar IPT seperti yang dilaporkan oleh media seperti penyalahgunaan dadah, bersekedudukan, serta menjual maruah yang berlaku kerana kurangnya pengetahuan agama serta asas akhlak dalam diri mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengaruh personaliti pensyarah dalam pembentukan akhlak pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sampel kajian berjumlah seramai 322 orang responden yang terdiri daripada pelajar sarjana muda semester ketujuh yang merupakan pelajar tahun akhir dari setiap fakulti di kampus Nilai. Penyelidik telah menggunakan prosedur persampelan rawak berstrata. Setelah itu, data kajian telah dianalisis menggunakan perisian statistik SPSS bagi mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan Korelasi Pearson. Selain itu kajian ini menggunakan Ummatic Personality Inventory (UPI) yang dibangunkan oleh Othman (2011) yang mengandungi tiga konstruk utama iaitu Ibadah, Amanah dan Ilmu sebagai instrumen soal selidik. Selain itu kajian ini juga menggabungkan kaedah kuantitatif dengan kualitatif. 5 orang pensyarah telah ditemu bual untuk mendapatkan maklumat bagi menyokong dapatan utama. Hasil kajian menunjukkan tahap perlaksanaan personaliti Islam dalam kalangan pensyarah bagi konstruk Ibadah ialah tinggi iaitu nilai min keseluruhan adalah 4.22. Seterunya nilai min keseluruhan bagi konstruk Amanah juga tinggi iaitu sebanyak 4.25 dan bagi konstruk terakhir iaitu Ilmu juga menunjukkan nilai min keseluruhan yang tinggi iaitu 4.33. Selain itu juga tahap pengamalan akhlak dalam kalangan pelajar juga tinggi. Hasil dapatan menunjukkan nilai keseluruhan min bagi konstruk Ibadah adalah sebanyak 4.14, nilai min keseluruhan bagi konstruk Amanah juga tinggi iaitu sebanyak 4.12 dan nilai min keseluruhan bagi konstruk Ilmu pula 4.31 juga menunjukkan nilai yang tinggi. Seterusnya, kajian ini juga mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan diantara personaliti pensyarah dengan akhlak pelajar di USIM. Hasil Ujian Korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti pensyarah dengan akhlak pelajar di mana nilai r = 0.550, p < 0.05. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa pensyarah yang mempraktikkan personaliti yang baik, mampu membentuk akhlak yang baik dalam kalangan pelajarnya. Oleh yang demikian adalah dicadangkan bagi kajian lanjutan untuk menggunakan metode dan responden yang berlainan.
610 2 0 _aPusat Sains Kemanusiaan
_xDissertations
650 0 _aUniversities and colleges
_xDissertations
650 0 _aTheses
942 _2lcc
_cTHESIS