Identification, extraction and microencapsulation of phenolic compounds from orthosiphon stamineus leaves / Pang Sook Fun

By: Material type: TextTextPublisher: Kuantan, Pahang : UMP, 2013Copyright date: ©2013Description: xviii, 92 pages : illustrations ; 30 cm. + 1 CD-ROMContent type:
  • text
Media type:
  • unmediated
Carrier type:
  • volume
ISBN:
  • THE0007998(Local)
Subject(s): Online resources: Dissertation note: Thesis (Master of Engineering) -- Universiti Malaysia Pahang – 2013 Abstract: Orthosiphon stamineus (nama vernakular: Misai kucing), mengandungi banyak polifenol berguna (iaitu flavonoid dan asid fenolik) yang mempunyai pelbagai kegunaan seperti antibakteria, antikulat, antimikrob dan antitumor. Pemisahan komponen bioaktif daripada tumbuhan biasanya dilakukan melalui pengekstrakan. Komponen bioaktif dalam ekstrak tumbuhan bergantung kepada kaedah pengekstrakan, jenis pelarut dan keadaan proses pengekstrakan yang digunakan. Dalam penyelidikan ini, pengekstrakan menggunakan microwave dan ultrasonik telah digunakan. Keputusan kajian menunjukkan, kadar pengekstrakan komponen bioaktif dipengaruhi oleh kekutuban pelarut yang digunakan dalam proses pengekstrakan. Kandungan fenolik tertinggi (96.41 mg GAE/gDW) diperolehi dengan menggunakan 50% metanol akueus, manakala hasil tertinggi asid rosmarinic (38.70 mg RA/gDW) diperolehi dengan menggunakan 70% metanol akueus. Hasil tertinggi sinensetin (261.21 μg Sin/gDW) dan eupatorin (2.71 mg EUP/gDW) pula diperolehi dengan menggunakan isopropanol. Pelarut akueus mempunyai lingkungan kekutuban lebih besar berbanding dengan pelarut tulen, dan oleh itu ia membolehkan pengekstrakan serentak kedua-dua sebatian methoxylated dan hydroxylated dilakukan. Bagi pengekstrakan menggunakan gelombang mikro, masa pengekstrakan 2 minit dan kuasa microwave 300W memberikan hasil yang paling tinggi bagi polifenol. Proses pengekstrakan melebihi 90 minit pada suhu yang melebihi 60 °C mengakibatkan penyahaslian dan seterusnya mengurangkan hasil polifenol semasa pengekstrakan dibantu ultrasonik. Pengekstrakan menggunakan microwave membolehkan pengekstrakan pantas dilakukan tanpa menjejaskan penghasilan polifenol. Proses mikroenkapsulasi polifenol daripada O. stamineus dilakukan melalui teknik pengeringan semburan menggunakan pelindung yang terdiri daripada WPI dan maltodekstrin untuk mengekalan kandungan polifenol. Kepekatan pepejal pelindung yang lebih tinggi membawa kepada saiz zarah yang lebih besar dan kandungan lembapan yang lebih rendah. Keputusan menunjukkan bahawa eupatorin lebih mudah rosak akibat kemusnahan haba berbanding sinensetin dan asid rosmarinic semasa pemikrokapsulan melalui pengeringan semburan. Campuran yang paling berkesan terdiri daripada nisbah 1:9 protein kepada maltodekstrin berupaya mengekalkan kandungan tinggi asid rosmarinic (89,41%), sinensetin (89,14%) dan eupatorin (86.66%) berbanding dengan formulasi yang lain, iaitu 1:1, 9:1, WPI tulen dan maltodekstrin tulen. Keputusan yang diperolehi daripada penyelidikan ini menunjukkan bahawa formulasi campuran protein dan maltodekstrin boleh dijadikan ejen mikroenkapsulasi yang berkesan untuk polifenol berasaskan O. stamineus.
Tags from this library: No tags from this library for this title. Log in to add tags.
Star ratings
    Average rating: 0.0 (0 votes)
Holdings
Item type Current library Collection Call number Copy number Status Date due Barcode
Thesis Thesis UMPLIB GAMBANG Reference QK495.L25 P36 2013 rs Thesis (Browse shelf(Opens below)) 1 Not for loan 0000080418
Thesis Thesis UMPLIB GAMBANG Reference CD 7807 (Browse shelf(Opens below)) 1 Not for loan 0000080419

Thesis (Master of Engineering) -- Universiti Malaysia Pahang – 2013

Bibliography : p. 81-91

Orthosiphon stamineus (nama vernakular: Misai kucing), mengandungi banyak polifenol berguna (iaitu flavonoid dan asid fenolik) yang mempunyai pelbagai kegunaan seperti antibakteria, antikulat, antimikrob dan antitumor. Pemisahan komponen bioaktif daripada tumbuhan biasanya dilakukan melalui pengekstrakan. Komponen bioaktif dalam ekstrak tumbuhan bergantung kepada kaedah pengekstrakan, jenis pelarut dan keadaan proses pengekstrakan yang digunakan. Dalam penyelidikan ini, pengekstrakan menggunakan microwave dan ultrasonik telah digunakan. Keputusan kajian menunjukkan, kadar pengekstrakan komponen bioaktif dipengaruhi oleh kekutuban pelarut yang digunakan dalam proses pengekstrakan. Kandungan fenolik tertinggi (96.41 mg GAE/gDW) diperolehi dengan menggunakan 50% metanol akueus, manakala hasil tertinggi asid rosmarinic (38.70 mg RA/gDW) diperolehi dengan menggunakan 70% metanol akueus. Hasil tertinggi sinensetin (261.21 μg Sin/gDW) dan eupatorin (2.71 mg EUP/gDW) pula diperolehi dengan menggunakan isopropanol. Pelarut akueus mempunyai lingkungan kekutuban lebih besar berbanding dengan pelarut tulen, dan oleh itu ia membolehkan pengekstrakan serentak kedua-dua sebatian methoxylated dan hydroxylated dilakukan. Bagi pengekstrakan menggunakan gelombang mikro, masa pengekstrakan 2 minit dan kuasa microwave 300W memberikan hasil yang paling tinggi bagi polifenol. Proses pengekstrakan melebihi 90 minit pada suhu yang melebihi 60 °C mengakibatkan penyahaslian dan seterusnya mengurangkan hasil polifenol semasa pengekstrakan dibantu ultrasonik. Pengekstrakan menggunakan microwave membolehkan pengekstrakan pantas dilakukan tanpa menjejaskan penghasilan polifenol. Proses mikroenkapsulasi polifenol daripada O. stamineus dilakukan melalui teknik pengeringan semburan menggunakan pelindung yang terdiri daripada WPI dan maltodekstrin untuk mengekalan kandungan polifenol. Kepekatan pepejal pelindung yang lebih tinggi membawa kepada saiz zarah yang lebih besar dan kandungan lembapan yang lebih rendah. Keputusan menunjukkan bahawa eupatorin lebih mudah rosak akibat kemusnahan haba berbanding sinensetin dan asid rosmarinic semasa pemikrokapsulan melalui pengeringan semburan. Campuran yang paling berkesan terdiri daripada nisbah 1:9 protein kepada maltodekstrin berupaya mengekalkan kandungan tinggi asid rosmarinic (89,41%), sinensetin (89,14%) dan eupatorin (86.66%) berbanding dengan formulasi yang lain, iaitu 1:1, 9:1, WPI tulen dan maltodekstrin tulen. Keputusan yang diperolehi daripada penyelidikan ini menunjukkan bahawa formulasi campuran protein dan maltodekstrin boleh dijadikan ejen mikroenkapsulasi yang berkesan untuk polifenol berasaskan O. stamineus.

Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur
Phone: +609 431 5063 (Gambang) / +609 431 5035 (Pekan)
Email: umplibrary@umpsa.edu.my

Connect With Us