Tahap kesediaan guru pendidikan islam dalam pentaksiran bagi dokumen standard kurikulum dan pentaksiran / Artika Rasul Sulaiman

By: Material type: TextTextPublisher: Kuantan, Pahang : UMP, 2020Copyright date: ©2020Description: xix, 193 pages : illustrations (some color) ; 30 cm. + 1 CD ROMContent type:
  • text
  • text
Media type:
  • unmediated
  • computer
Carrier type:
  • volume
  • computer disc
ISBN:
  • THE0008565(Local)
Subject(s): Dissertation note: Thesis (Master of Science) -- Universiti Malaysia Pahang – 2020 Abstract: Umum mengetahui bahawa pentaksiran dalam kurikulum adalah merupakan pakej pelengkap dalam model pengajaran dan pemudahcaraan dan merupakan faktor penentu dalam mencorak pemahaman dan penguasaan bagi pencapaian akademik seseorang murid. Selain dari memberi impak terhadap perkembangan kemenjadian murid ia juga mampu menilai keberkesanan pengajaran guru itu sendiri dan ia adalah sesuatu yang boleh diukur. Kajian ini memberi tumpuan yang khusus dalam meneroka tahap kesediaan guru Pendidikan Islam Daerah Pekan dalam melaksanakan pentaksiran mata pelajaran dengan menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Kurikukum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif deskriptif dengan menggunakan instrumen soal selidik skala Likert. Kajian ini mengaplikasikan perkembangan diri melalui inkuari diri sendiri dan hubungannya dengan orang lain. Dengan kata lain dapatan ini akan memberi gambaran terhadap penglibatan serta pertalian antara gaya hidup, persepsi dan tingkah laku individu (guru) dengan sosial masyarakat (sekolah). Setiap hipotesis telah diuji dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 23.0. Secara keseluruhannya, dapatan akhir kajian menunjukkan tahap kesediaan guru-guru Pendidikan Islam terhadap pentaksiran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) adalah tinggi dengan nilai purata min adalah 3.874 (SP=0.586). Kenyataan ini juga disokong dengan keseluruhan penyataan terhadap persepsi model dokumen tersebut iaitu dengan nilai min 3.947 (SP=0. 0.597), tahap kemahiran 3.801 (SP=0.591), tahap kepuasan 3.874 (SP=0.568) dan tahap kesediaan 3.886 (0.673). Jika diperincikan melalui dapatan data personal, kajian mendapati terdapat 3.11 peratus guru yang berada di nilai min yang rendah dan 17.5 peratus berada di nilai min yang sederhana. Walau bagaimanapun di akhir kajian ini terdapat beberapa cadangan yang diketengahkan bagi membantu mengatasi masalah jurang perbezaan dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam.
Tags from this library: No tags from this library for this title. Log in to add tags.
Star ratings
    Average rating: 0.0 (0 votes)
Holdings
Item type Current library Collection Call number Status Date due Barcode
Thesis Thesis UMPLIB GAMBANG Reference Reference PSK .A78 2020 r Thesis (Browse shelf(Opens below)) Not for loan T000000980
Thesis Thesis UMPLIB GAMBANG Reference CD12717 (Browse shelf(Opens below)) In Transit T000000981

Pusat Sains Kemanusiaan

Thesis (Master of Science) -- Universiti Malaysia Pahang – 2020

note Includes bibliographical references

Umum mengetahui bahawa pentaksiran dalam kurikulum adalah merupakan pakej pelengkap dalam model pengajaran dan pemudahcaraan dan merupakan faktor penentu dalam mencorak pemahaman dan penguasaan bagi pencapaian akademik seseorang murid. Selain dari memberi impak terhadap perkembangan kemenjadian murid ia juga mampu menilai keberkesanan pengajaran guru itu sendiri dan ia adalah sesuatu yang boleh diukur. Kajian ini memberi tumpuan yang khusus dalam meneroka tahap kesediaan guru Pendidikan Islam Daerah Pekan dalam melaksanakan pentaksiran mata pelajaran dengan menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Kurikukum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif deskriptif dengan menggunakan instrumen soal selidik skala Likert. Kajian ini mengaplikasikan perkembangan diri melalui inkuari diri sendiri dan hubungannya dengan orang lain. Dengan kata lain dapatan ini akan memberi gambaran terhadap penglibatan serta pertalian antara gaya hidup, persepsi dan tingkah laku individu (guru) dengan sosial masyarakat (sekolah). Setiap hipotesis telah diuji dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 23.0. Secara keseluruhannya, dapatan akhir kajian menunjukkan tahap kesediaan guru-guru Pendidikan Islam terhadap pentaksiran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) adalah tinggi dengan nilai purata min adalah 3.874 (SP=0.586). Kenyataan ini juga disokong dengan keseluruhan penyataan terhadap persepsi model dokumen tersebut iaitu dengan nilai min 3.947 (SP=0. 0.597), tahap kemahiran 3.801 (SP=0.591), tahap kepuasan 3.874 (SP=0.568) dan tahap kesediaan 3.886 (0.673). Jika diperincikan melalui dapatan data personal, kajian mendapati terdapat 3.11 peratus guru yang berada di nilai min yang rendah dan 17.5 peratus berada di nilai min yang sederhana. Walau bagaimanapun di akhir kajian ini terdapat beberapa cadangan yang diketengahkan bagi membantu mengatasi masalah jurang perbezaan dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam.

Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur
Phone: +609 431 5063 (Gambang) / +609 431 5035 (Pekan)
Email: umplibrary@umpsa.edu.my

Connect With Us